Login | Bukutamu | Peta laman |  English Bahasa Malaysia | 2 Pengunjung
Tema
 

MENU

Click here for MCafee site advisor

Kajian
Pentingkah belajar Bahasa Melayu?
91% Ya
6% Tidak
3% Tidak Pasti

Kajian
Masa depan Bahasa Melayu
30% CEMERLANG
70% GEMILANG

Kajian
Orang Yang Menguasai Maklumat Menguasai Dunia!
82% Ya
13% Tidak
5% Tidak Tahu

Kajian
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) wajar diperkasakan.
82% Setuju
18% Tidak Setuju

PAUTAN BEKAS PELAJAR
Mohd. Rafie (Cardiff)
Farrah Izzuan - Friendster
Farrah Izzuan - Dari Dapurku
Rozana Mat Radzi

JOM TEMUI SAYA DI EDUWEBTV!
Pendidik Ep12     Baru

PAUTAN PENGURUSAN

Kementerian Pelajaran
Portal Rasmi SMSJ
PPD Kluang
JPN Johor
Kajian Tindakan JPNJ


PAUTAN GURU CEMERLANG

MGC MALAYSIA
PP PERUNDING BM
Khir Kassim - GC BM
Ramlah Idris - GC PI
Fariza Nurbaya - GC BM
Blog BM STPM


PILIHAN TERINDAH

HIJRAH

LALUAN BERITA
Harakah Daily
Suara KeAdilan
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Utusan Malaysia
Berita Harian
Harian Metro
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Malaysia Insider
Sinar Harian
Kosmo
Siasah
Wasilah Online
Newskini

PENGUNJUNG
BERMULA PADA 30 JAN 2009

UTAMA

::
MOTIVASI    :: PENTAKSIRAN    :: LAMAN MUNSYI    :: P&P     :: BLOG BERTEMA

MARILAH KITA BERBAHASA DENGAN SEBAIK-BAIK BAHASA...



MALAM APRESIASI PMR 2011
TARIKH: 21 FEBRUARI 2012

Bertempat di Dewan Tuanku Ibrahim Ismail, pelajar-pelajar PMR 2011 telah diraikan oleh pihak sekolah dan PIBG dalam suatu majlis - Majlis Apresiasi PMR 2011. Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia, wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah KLuang turut dihadiri oleh wakil Presiden Sajoha, YDP PIBG, Penolong Pegawai Daerah Pelajaran,  En. Mohd. Noh bin Mohd. Yusof, bekas guru SMSJ dan ibu bapa. Turut diraikan ialah guru-guru yang bertanggungjawab membimbing pelaajr ke mercu jaya terutamanya guru panitia yang memperoleh 100% A dan yang berjaya memecahkan rekod pencapaian.

Diharapkan calon-calon PMR 2012 akan berjaya mengekalkan kedudukan SMSJ sebagai sekolah terbaik negeri Johor dan membaiki pencapaian kepada kedudukan lima sekolah terbaik di peringkat SBP.

 

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH
TARIKH: 18 FEBRUARI 2012

MASA:     8.00 - 11.30 PAGI

PENCERAMAH UNDANGAN:  YBHG. TUAN SHEIKH BAHRIN BIN JALAL, KADI BATU PAHAT

   
  
   


KURSUS PENATARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
TARIKH: 13 - 16 FEBRUARI 2012

Bertempat di tiga buah hotel di Kajang, Salak Tinggi dan Kucing, Kursus Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diadakan mulai hari Isnin hingga Khamis ini bagi guru-guru di sekitar zon kursus. Dalam kursus penataran ini, para jurulatih bagi 17 mata pelajaran dari setiap daerah/bahagian akan didedahkan kepada konsep umum PBS, Pentaksiran Pusat dan Standard Prestasi bagi mata pelajaran masing-masing. Sesi perbengkelan juga diadakan bagi memantapkan pemgetahuan dan kemahiran para jurulatih tentang evidens dan instrumen yang wajar diguna pakai dalam pentaksiran bagi setiap band.


Pada minggu hadapan dan seterusnya, kursus yang sama akan diadakan di Miri, Sibu, Zon Selatan, Zon Sabah & Labuan, Zon Utara dan Zon Timur.

Semoga maklumat dan kemahiran yang diperoleh akan dapat membantu para jurulatih dalam kursus penataran yang akan dikendalikan oleh mereka di negeri/daerah/bahagian masing-masing bagi memastikan PBS di semua sekolah di Malaysia  terlaksana secara selaras dan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Kursus Penataran bagi Bidang Bahasa di Zon Tengah           
 
  
  

* Sila masuk ke menu Pentaksiran untuk memuat turun nota PBS (Nota masih tertakluk pada pindaan LP)



MESYUARAT PENATARAN PENTAKSIRAN PUSAT DAN STANDARD PRESTASI TING. 1 2012

TARIKH:  16 - 19 JANUARI 2012

Mulai tahun 2012, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) akan mula diimplimentasikan sepenuhnya kepada pelajar Tingkatan 1 2012. Sehubungan itu, mesyuarat akhir pembinaan instrumen penataran telah diadakan sebagai persiapan untuk program jerayawara mulai pertengahan bulan Februari ini hingga akhir Mac.

Bagi tujuan penataran, setiap negeri akan dizonkan. Setelah itu, jurulatih bagi 17 mata pelajaran dari setiap zon akan dikumpulkan di suatu tempat untuk tujuan penataran. Zon yang terlibat bagi peringkat pertama penataran ialah Zon Tengah yang akan berpusat di sekitar Lembah Kelang dan tiga lagi zon bagi negeri Sarawak yang akan berpusat di  Kucing, Sandakan dan Miri.

Diharapkan agar semua guru Tingkatan 1 2012, membuat persediaan terutamanya dari segi mental, kerana kejayaan SPPK bergantung pada kefahaman dan komitmen para guru untuk menterjemahkan aspirasi SPPK dalam p&p&p (pembelajaran-pengajaran-pentaksiran).

Oleh sebab banyak pengunjung yang masuk ke portal ini untuk mencari maklumat tentang KSSM, suka dinyatakan bahawa, SPPK mulai tahun 2012 ini masih menggunakan sukatan pelajaran KBSM kerana KSSM hanya akan bermula untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2014. Semoga bersabar menunggu kelahiran sukatan pelajaran baru...

CARA PELAPORAN PBS  CARA PELAPORAN PBS JUK STANDARD PRESTASI BM

APLIKASI STANDARD PRESTASI?  MENCARI ILHAMLAH TU...  SEMPAT JUMPA SYAT...


PROGRAM PROFESIONAL MENUTUP TIRAI 2011

               MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2012:  31 DISEMBER 2011

   JAMUAN KESYUKURAN TAJAAN PIBG 

               MESYUARAT PELAPORAN PBS: 27 - 29 DISEMBER 2011

                              BERSAMA EN JAIN - PEGAWAI MEJA

    PUAN ZAITON OTHMAN - PENGURUS PROJEK

                  MESYUARAT TRANSFORMASI SBP: 14 - 16 DISEMBER 2011

             


MESYUARAT PENTAKSIRAN PUSAT KOHORT 2012 - 2014: 5 - 8 DISEMBER 2011 
      
   


SMSJ MEMANG TERBAIK!
TARIKH: 22 DISEMBER 2011

Jika hujan lebat mengiringi pelajar-pelajar Tingkatan 3 mengambil PMR pada bulan September yang lalu, hari ini, hujan renyai-renyai sekali lagi mengiringi mereka mengambil keputusan yang begitu membanggakan! SMSJ muncul sebagai sekolah terbaik negeri Johor dengan enam mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup 1, Kemahiran Hidup 2 dan Bahasa Arab mencatatkan 100% A! Tahniah, tahniah, tahniah!
Daripada 107 orang calon SMSJ, 92 orang memperoleh semua A, manakala tiada seorang pun yang mendapat C bagi mana-mana mata pelajaran – dengan kata lain, melepasi tahap minimum yang ditetapkan oleh SBP iaitu B!
Alhamdulillah, buat sekian kalinya, sejarah kecemerlangan tercipta di SMSJ! Tahniah kepada semua – Tuan Haji Idris bin Ahmad, Pengetua Cemerlang SMSJ,  Tuan Haji Khairudin bin Sapar, guru-guru, ibu bapa dan kakitangan sokongan, dan terutamanya kepada pelajar PMR 2011!
Alhamdulillah kerana SMSJ berjaya menutup tirai 2011 dengan bergaya dan kecemerlangan berganda – iaitu muncul sebagai sekolah terbaik negeri Johor sekali gus mengalahkan sekolah premier yang tidak perlulah disebutkan namanya…
Kita nantikan keputusan SPM 2011 pula – dengan penuh debaran… Mungkinkah sejarah bakal tercipta juga? Insya-Allah – sama-samalah kita doakan… 

                            Kedudukan PMR 2011 SMSJ di SBP                    Kedudukan BM PMR 2011
 
   

 

  

 




AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM CIKGU DR HAMIZER BIN MOHD SUKOR



KEPULANGAN

Sepurnama berlalu
Bicara membisu
Ilham membeku
Jiwa kaku
Lesu.
 
Tercari-cari kata-kata menganyam suka duka
Terpilih-pilih not indah menjalin orkestra rasa mesra meresah
          Mengungkap perasaan terpendam terperam suram
          Dalam tabula rasa dewasa.

Sepurnama berpulang
Memulih semangat menginsafi hakikat
Kepulangan ialah janji
Mana mungkin umat bisa memungkiri.

Dalam kalungan doa dan ayat-ayat cinta diulang kumandang
Dalam sulaman kenangan terindah
          Anak-anak, sanak saudara, rakan taulan, jiran tetangga gemulah
Yang pasti
Perjalanan belum terhenti
Selagi t
iga janji diwarisi dibajai.

Membunga  iltizam mengharum harapan 
Kedamaian ditemukan
Di Sana.

Al-Fatihah…

Zanariah Abdol 
BBB

24 November 2011

SMSJ + CABARAN = SAHABAT BAIK
TARIKH: 3 - 7 OKTOBER 2011

Semakin menghampiri penghujung tahun keadaan di SMSJ semakin sibuk lagi menyibukkan, sesak lagi menyesakkan dan yang terbaharu - sudah ada elemen baru iaitu sakit lagi menyakitkan... 

Kesibukan menguruskan dua program besar peringkat kebangsaan di samping agenda besar sekolah iaitu Peperiksaan PMR 2011 dan Peperiksaan Percubaan Dalaman SPM, disesakkan lagi oleh masalah kesihatan yang melanda warga SMSJ iaitu batuk, demam panas, demam selesema malahan demam campak yang begitu menyakitkan!

Namun SMSJ sudah sebati dengan cabaran - sudah menjadi seperti isi dengan kuku. Malahan, cabaran-cabaran inilah yang mendewasakan SMSJ dan menjadikannya terus teguh, utuh dan relevan serta berdaya saing dengan SBP elit mahupun SBP baharu yang begitu hebat dan moden prasarananya.

Dirgahayu SMSJ!

Nota:
5 Oktober 2011 (Khamis)
Pemantauan Akademik Pascapeperiksaan PMR dan SPM oleh Encik Said bin Manap, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (SPSBPSK), pegawai-pegawai SBP iaitu Encik Sharafudin dan Encik Izzuddin serta wakil-wakil dari 14 buah SBP Zon Selatan. 

6 Oktober 2011 (Jumaat)
Lawatan Kerja Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Hj Abd Rahman Arshad, pegawai JPN dan pegawai PPD termasuk Pegawai Pelajaran Daerah sendiri.

MENGHITUNG HARI - PMR 2011
TARIKH: 1 OKTOBER 2011

Degupan jantung melaju. Debaran semakin mengencang. Semoga semuanya berjalan dengan lancar walaupun segelintir pelajar masih dibelenggu masalah kesihatan lantaran tekanan yang meninggi + keadaan cuaca yang tidak menentu + tabiat pemakanan terutama pengambilan ais yang tidak boleh ditinggalkan.

Diharapkan menjelang hari peperiksaan - 4 Oktober 2011 (Selasa) nanti, semua pelajar Tingkatan 3 2011 akan berada dalam keadaan yang siap siaga untuk menghadapi PMR. 

Selamat maju jaya dan semoga berjaya diucapkan kepada semua calon PMR 2011 SMSJ.

Sama-samalah kita doakan kejayaan mereka! 


RAYA, RAYA JUGA, BELAJAR JANGAN LUPA...

PERJUMPAAN PENGETUA & GURU DENGAN CALON SPM 2011 (17 OGOS 2011)


PERJUMPAAN PENGETUA & GURU DENGAN CALON PMR 2011 (8 SEPTEMBER 2011)
 

 

 


DETIK MENJELANG RAYA DI SMSJ...

TARIKH: 26 OGOS 2011

Sejak awal pagi,
Semua wajah berseri-seri.

Suasana hari raya semakin terasa,
Ahli keluarga terbayang di mata.

Adat lama pusaka usang,
tetap dijunjung tetap dijulang.

Hormati yang tua sayangi yang muda,
bermaaf-maafan kita bersama...

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN...


BENGKEL PEMURNIAN STANDARD PRESTASI TINGKATAN 1 2012
TARIKH: 8 - 11 OGOS 2011

Bertempat di Hotel KL International, kira-kira 50 orang pegawai Lembaga Peperiksaan dan guru pelbagai bahasa berbengkel untuk memurnikan Standard Prestasi yang dijangkakan akan diguna pakai mulai tahun 2012. Walaupun pada bulan Ramadhan, bengkel tetap dijalankan seperti hari biasa iaitu dalam 4 sesi termasuk satu sesi sebelah malam yang bermula pada jam 9.30 malam bagi memberikan ruang kepada pegawai dan guru yang beragama Islam untuk menunaikan solat Tarawih.

Demikianlah pengorbanan yang dilakukan demi kelangsungan kecemerlangan pendidikan di Malaysia. Semoga usaha diberkati Allah swt dan Standard Prestasi yang dihasilkan akan dapat benar-benar menggambarkan prestasi pelajar bagi mata pelajaran bahasa.


TRANSFORMASI SBP SUATU KEPERLUAN: KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TARIKH: 28 - 30 JULAI 2011

Untuk memastikan hasil "X Plus" yang digagaskan oleh Yang Berbahagia, Datuk Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sekolah Berasrama Penuh digesa agar melakukan transformasi terutamanya dalam aspek pengurusan bilik darjah, kepemimpinan guru dan kepemimpinan murid. Sehubungan itu, Makmal Transformasi SBP yang meliputi enam bidang utama iaitu Pengurusan Bilik Darjah, Kepemimpinan Guru, Kepemimpinan Murid, Sistem Rumah, Pengurusan Asrama dan Pengurusan Kokurikulum telah dibangunkan.
 
Makmal yang melibatkan pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster Kecemerlangan, Pengetua Cemerlang, Guru Penolong Kanan dan Guru Cemerlang telah memulakan operasi pada 28 - 30 Julai 2011 dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Haji Zahari bin Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Semoga makmal ini berjaya mencetuskan program transformasi yang tepat, boleh ditadbir, boleh dicapai dan boleh dinilai kemenjadiannya dalam masa lima tahun pelaksanaannya. 

Kepada warga SBP, bersedialah untuk program Tansformasi SBP ini. Sementara menunggu dapatan dan rumusan mutakhir daripada makmal, ayuh warga SBP, kita mengorak langkah untuk mentransformasikan diri dan minda terlebih dahulu...
 

MENARIKNYA HASIL PEMBELAJARAN DI SEKOLAH SENI JB
TARIKH:  27 JULAI 2011

Kesempatan untuk mengenali Sekolah Seni Johor Bahru (SSJB) digunakan sepenuhnya ketika berpeluang untuk bersama-sama dengan Pengetuanya, Pn. Hjh. Rohana dalam mesyuarat Penyediaan Modul PBS PMR yang diadakan mulai 25 - 27 Julai 2011. Dalam acara Majlis Makan Malam pula, ahli mesyuarat berpeluang untuk menyaksikan kehebatan persembahan tarian Melayu - zapin, joget dll oleh pelajar-pelajar Tingkatan 2 SSJB.

Bayangkanlah - dalam masa dua tahun, kemahiran seni tari dapat dikuasai oleh mereka (Mungkin telah berada di Band 4). Menjelang Tingkatan 5 nanti, tentu mereka sudah boleh menjadi koreografer yang bakal mencipta gerak-gerak tari baru yang unik, unggul dan kreatif serta berupaya mengajarkannya rakan-rakan yang lain (Band 6). Begitulah juga dengan bidang seni lain yang ditawarkan di SSJB iaitu Seni Muzik, Seni Visual dan Seni Teater.

Pertemuan dengan SSJB mencelikkan minda kepada satu persoalan - Mengapa mereka dapat menguasai bidang kemahiran dengan cepat? Mengapa pelajar sekolah aliran perdana termasuk SBP, masih terkial-kial dengan bermacam-macam program dan tuisyen untuk "memandaikan" pelajar-pelajar yang akhirnya selepas SPM, tidak akan ingat semua yang diajarkan? Mengapakah juga, setelah beberapa tahun belajar Kemahiran Hidup, Fizik, BM, BI dll, pelajar masih tidak tahu menukar mentol yang terbakar, membaiki sinki yang tersumbat, bercakap dengan bahasa Melayu berstandard tinggi serta bertutur dalam bahasa Inggeris untuk tujuan komunikasi? 

Jika faktor masa dan tumpuan dijadikan jawapan, pelajar SSJB juga belajar lapan mata pelajaran utama seperti sekolah biasa  dan kegiatan seni hanya menjadi kegiatan ekstrakurikular mereka.

Fikir-fikirkan, renung-renungkan. Tetapi, jangan sampai terlalu lama berfikir dan merenung hinggakan sedar-sedar sahaja tahun 2020 sudah ada di hadapan mata dan pendidikan kita masih begitu-begitu juga... 


MESYUARAT RUMAH - PELANTIKAN AJK 2012
TARIKH:  25 JULAI 2011

Kejohanan Padang dan Balapan 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya, hari ini, AJK Rumah 2011 dibubarkan  dan digantikan dengan barisan AJK 2011/12. Setiap Rumah, menggunakan kesempatan perjumpaan ini untuk membaharui semangat ahli-ahli di samping menyusun strategi untuk memastikan hadiah akademik dan sahsiah menjadi milik Rumah masing-masing.

Kepada semua Rumah, selamat bertanding diucapkan.


LATHAN DALAM PERKHIDMATAN 2 - CERAMAH INTEGRITI OLEH PENGARAH IIM
TARIKH:  23 JULAI 2011

Hari ini, SMSJ dikunjungi bekas pelajar, Tuan Haji Mohammad Diah bin Haji Wahari namun kunjungan beliau kali ini bukanlah kunjungan sosial. Beliau kembali ke SMSJ atas tugas rasmi bagi memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah  tentang "Integriti" sebagai mengisi program peningkatan profesonalisme guru dan staf sokongan kali kedua.

Sesungnguhnya, ceramah yang berlangsung selama 3 jam setengah, walaupun disulami gelak ketawa - begitu padat dengan informasi dan sememangnya sarat dengan pengajaran - bagi mereka yang berfikir...

Kepada Tuan Haji Mohammad Diah, Pengarah Sektor Awam, Institut Integriti Malaysia, terima kasih diucapkan dan selamat kembali ke alma mater!


SMSJ KE PERTANDINGAN AKHIR BAHAS PIALA PERDANA MENTERI 2011?
TARIKH:  14 JULAI 2011

"SMSJ ke pertandingan akhir bahas PPM 2011?" Dengan wajah yang tegang dan kening sedikit berkerut, disertai mata yang besar dan tajam - begitulah agaknya pertanyaan pembaca tajuk entri saya kali ini terutamanya bekas pelajar.

Memang benar, SMSJ ke pertandingan akhir bahas PPM 2011, tetapi malangnya, bukanlah sebagai peserta akhir! Insya-Allah, jika perancangan strategik dlakukan, SMSJ akan kembali bersaing di peringkat kebangsaan.

Diharapkan 34 orang pelajar yang terdiri daripada 20 orang pembahas pelapis dan 12 orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun yang diiringi Puan Saraswathy dan Puan Masitaah ke Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PPAP) akan membawa angin perubahan bagi pasukan bahas SMSJ. Ayuh usahakan!

Kepada semua peserta akhir dari SDAR, KTK, STAR dan SMSH - tahniah diucapkan! Kalah atau menang, anda memang juara!

Kepada STAR (Johan Bahas BM)  dan KTK (Johan Bahas BI) serta pembahas terbaik dari kedua-dua buah sekolah, tahniah berganda diucapkan!  
 

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMSJ 2011
TARIKH: 9 JULAI 2011

Walaupun diadakan secara sederhana, Kejohanan Balapan dan Padang SMSJ tetap meriah. Kejohanan yang dirasmikan oleh Pengurus Bank Rakyat Kluang, menyaksikan persaingan sengit antara rumah. Walau bagaimanapun, Rumah Purnama yang mendahului sejak awal kejohanan tidak dapat dipintas oleh pesaing terdekatnya iaitu Rumah Suria sekali gus menjuarai kejohanan kali ini.

Tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. Tahniah juga kepada Rumah Purnama yang muncul juara buat ke sekian kalinya...

Diharapkan keriangan dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan akan berterusan di bilik-bilik darjah selepas ini supaya SMSJ beroleh kejayaan yang lebih besar nilainya dan lebih bermakna...

  : Perlukah rambut dan wajah diwarnakan? Keliru...


PERJUMPAAN PENGETUA-PELAJAR SPM 2011
TARIKH: 7 JULAI 2011

Perjumpaan Tuan Haji Idris bin Ahmad, Pengetua Cemerlang SMSJ dengan pelajar Tingkatan 5 2011 telah berlangsung di DSBT selama kira-kira 1 jam hari ini. Perjumpaan yang bertujuan untuk mengingatkan pelajar tentang sasaran yang perlu dicapai oleh kumpulan pelajar SPM pada tahun ini iaitu 60% perfect score dengan 5 orang memperoleh semua A+.

Perjumpaan yang berakhir dengan ucapan balas daripada ketua kumpulan pelajar Tingkatan 5 2011 yang mengajak semua pelajar bekerjasama dalam menjayakan misi kecemerlangan.


SMK IMTIAZ KUALA TERENGGANU DI SMSJ
TARIKH: 4 - 6 JULAI 2011

Hari ini, seawal jam 8.00 pagi, sekumpulan 35 orang pelajar cemerlang Tingkatan 5 berserta 2 orang guru dan 2 orang pemandu dari SMK Imtiaz, Kuala Terengganu, tiba di SMSJ setelah melalui perjalanan yang memakan masa selama hampir 11 jam. Tujuan kedatangan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melihat secara dekat budaya cemerlang warga SMSJ yang diterjemahkan melalui pencapaian gilang-gemilang saban tahun dalam PMR dan SPM.

Selamat datang diucapkan kepada SMK Imtiaz dan semoga kerjasama yang terjalin akan dapat memberikan manfaat yang berganda kepada kedua-dua belah pihak.


Page:  1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Depan
Carian Google
 
  

KUNJUNGAN TETAMU

SAAT INI



Arkib
 :: MESYUARAT PEMURNIAN PEMETAAN STANDARD KURIKULUM KSSM TING 1- 5 BIL 2/2011 
 :: KURSUS MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU (MBM) ANJURAN KPM-DBP 
 :: MERAIKAN PENYATUAN DUA HATI - SARAS & SIVA 
 :: SEMINAR INTERNASIONAL PENDIDIKAN BERKUALITI DI UPI, BANDUNG 
 :: PERSIDANGAN KEBANGSAAN GURU CEMERLANG SBP 2011 
 :: PERSIDANGAN MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI JOHOR & MAT? 
 :: KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BM SK & SJK 2011 
 :: MERIAHNYA SAMBUTAN HARI GURU 2011 DI SMSJ 
 :: 10 - 13 MEI, MINGGU MESYUARAT? 
 :: KURSUS PROFESIONALISME DAN MESYUARAT AGUNG MGC KLUANG 
 :: MERIAHNYA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011 
 :: MESYUARAT AJK PERSIDANGAN KEBANGSAAN GURU CEMERLANG SBP 2/2011 
 :: MESYUARAT PEREALISASIAN 2/2011 
 :: MENGEMBALIKAN NOSTALGIA BERSAMA PERSATUAN PANDU PUTERI 
 :: SMSJ MENYAHUT CABARAN KERETA SOLAR KEBANGSAAN 2011 
 :: MENARIKNYA PERTEMUAN PERTAMA 
 :: KEPUTUSAN SPM DIUMUMKAN AKHIRNYA... 
 :: SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (SAPBM) 2011 
 :: MESYUARAT PEREALISASIAN ITEM BPPK 
 :: SEKOLAH GANTI HARI SABTU 

www.zanariah.com